Sarjana Muda Pendidikan Islam

Task 01:

Senarai Nama Kumpulan dan Tajuk  | Senarai Tajuk PI | Pembinaan Modul

Para pelajar yang dikasihi, saya amanahkan kepada ketua kelas utk membahagikan anda kepada kumpulan-kumpulan dan tajuk-tajuk dari tingkatan 4 bagi pembinaan modul.
Sila gunakan sesi ini untuk berbincang dan mencari bahan bagi tajuk yang telah ditentukan(peranan ketua kelas). Cari semua maklumat yang berkaitan dengan tajuk anda dan simpan di dalam folder khas utk modul anda

Task 02:

Lihat Instructional Design Models, fahami 3 pendekatan utamanya; behavior, cognitive, constructivism. Lakarkan dalam mind mapping. Anda boleh download program mind mapping ini. Mind Manager / Serial: MP61-589-CPDF-5FFC-3ED2 (For educational purposes only).

 Tugasan 1 (Modul)

Anda dikehendaki membina satu modul pengajaran Pendidikan Islam yang direkabentuk  untuk pembelajaran kendiri berpandukan kepada perkara berikut:

a)      Peta konsep(menggunakan aplikasi peta minda)

b)      Objektif dan hasil pembelajaran

c)      Modul: pelajaran

d)      Ujian Pra (10 Objektif) dan Post(10 Objektif dan 3 Subjektif)  - (berserta jawapan)

e)       Bahan-bahan pengayaan yang direkabentuk sendiri - (sumber internet – sila print dan sertakan bersama)

f)      Satu contoh Rancangan Pengajaran bagi tajuk yang berkaitan

g)     Webquest / Kajian web

h)      Rujukan yang bersesuaian(catat rujukan anda termasuk rujukan online mengikut stail APA, sertakan yg berkaitan)

 Modul yang dibina menguji kepakaran anda sebagai “content expert” dalam Pendidikan Islam dan kemahiran anda menggunakan aplikasi peta minda(mind mapping), aplikasi word & power point      

(Tugasan Kumpulan: 30%)